Tatarajah asas Kapal_pengangkut_pesawat

Carta perbandingan kapal pengangkut pesawat dan helikopter di seluruh dunia

Kapal induk memiliki dua tatarajah. Tatarajah kapal ang paling biasa mempunyai bahagian atas yang rata untuk kawasan pelancaran dan pendaratan kapal terbang. Manjanik kapal terbang berkuasa wap, memecut kapal terbang dengan pecutan penuh, daripada 0 kepada 265 kilometer sejam (165 bsj) dalam tempoh 2 saat semasa berlepas bagi membantu ia mencecah kelajuan berlepas. Untuk mendarat di atas kapal induk, kapal terbang yang mendarat yang bergerak pada kelajuan 240 kilometer sejam (150 bsj) dilengkapkan dengan pencangkuk ekor akan menangkap salah satu daripada empat kabel penahan yang dipasang merentangi dek dan akan menghentikan kapal terbang dalam jarak 100 meter (320 kaki) selepas menangkap kabel tersebut.

Tatarajah kedua dan yang terkini, dimajukan untuk Tentera Laut Diraja British, mempunyai "loncatan ski" di hujung dek rata, yang membantu melancarkan kapal terbang. Susunan ini direka untuk kegunaan dengan pesawat VTOL atau STOVL yang mampu berlepas dan mendarat tanpa pergerakan hadapan atau hanya sedikit. Pesawat ini tidak memerlukan kemudahan manjanik atau kabel penahan untuk direntangkan merentasi dek penerbangan.

Dalam kedua-dua kes ini, kapal induk akan bergerak sehingga 35 knot (65 kilometer sejam) menghadap angin semasa operasi berlepas atau pendaratan agar meningkatkan kelajuan angin sebenar, dengan itu mengurangkan kelajuan yang diperlukan dibandingkan dengan kelajuan kapal.